SAYA DAN ANALISA DATA RAYA & A.I. (SIRI 1)
Cara Pandang Baru - Change
Dalam kehidupan, kadang2 kita tidak sedar apa yang sedang berlalu di bawah tapak kaki kita sendiri. Lebih teruk, kita sentiasa memekak & membutakan diri. Kita hanya ingin teruskan cara pandang & cara lihat yang sama. Malas & penat untuk tukar cara baru. Change sukar.
"Dr Daud, dunia hari ini penuh dengan data. Bila manusia sudah boleh berkomunikasi sesama mereka setiap masa, akan terserlah banyak data tentang mereka. Data adalah cermin kehidupan. Malah data hidup", ujar Nazri.
"So what's so special about data?" tanya saya.
"Setiap data mempunyai makna & insight. Kalau kita tidak nampak makna, kita kena cari makna & memberikan makna kepada mana2 data. Data adalah sebuah organisma hidup. Living organism," tambah Nazri seorang usahawan dalam bidang teknologi pintar. Beliau ingin menjemput saya sebagai pemodal utama (series A) dalam syarikat yang ingin dibangunkan bersama pada tshun 2015.
"Apa yang saya tahu tentang data & analisa data?" saya bergumam sendiri. "Saya hanyalah orang Syariah & kewangan Islam," hati masih berbisik & meruntun supaya menolak idea ini. Tidak berubah paling mudah.
"Data ada di mana2 sahaja.. Kalau kita dapat memberikan makna kepada data, kita menguasai dunia. Data rules the world." Nazri semakin agresif.
"Pihak pusat membeli belah barang dapur mempunyai data lengkap barang apa yang paling popular, harga yang paling diminati, masa shopping yang sesak & latarbelakang pembeli dari segi minat, pendapatan, kaum & sosio ekonomi. Dengan data, mereka boleh mengoptimumkan pendapatan & keuntungan, kurangkan kos & pembaziran, tingatkan pengurusan sumber manusia, storage & pengangkutan." Nah...Nazri memberi satu bukti nyata.
"Dr Daud, fenomena ini berlaku dalam semua sektor kehidupan. Pendidikan & pengajaran. Pengurusan trafik. Cuaca. Sukan. Pelancongan."
Minda saya bertukar menjadi mentol. Bercahaya. Saya dah mula nampak cahaya data & analisa data dalam kehidupan. Data sudah menjadi aset @ komoditi moden. Baru saya faham kenapa banyak syarikat besar memberikan perkhimatan percuma kepada pengguna seperti Google & Waze. Mereka memburu data yang bernilai tinggi.
MDB